Mencantas Kebatilan

Kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan,jika kebatilan mengatasi kebenaran,percayalah...hanya sementara.

Friday, January 26, 2007

GURU.....

Taat Ke Guru Membawa Berkat,
Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,
Jika Menderhaka Menjadi Mudarat,
Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.



Nukilan Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad.


Jadi adakah Ustaz Hanafi mencipta pantun Silat Cekak ini hanya boleh dipakai secara teori tetapi tidak boleh digunapakai secara praktikalnya....??

Jika benar-benar ia dipraktikkan,maka tidak akan adalah penderhaka-penderhaka Guru seperti sekarang ini...ingatlah wahai puak penentang....Ustaz Hanafi sendiritelah berkata melalui pentun beliau kepada semua penderhaka Guru bahawa SEMUA ILMU TIADA YANG LEKAT....

Jadi,adakah anda ingin menafikannya....

45 Comments:

  • At 8:20 AM, Blogger antikejahilan said…

    Tidak ada sesiapa yg boleh menafikan pantun itu. Guru, ya memang guru membawa berkat. Tapi ada berkat kah bagi guru yang selalu ponteng sembahyang? Isu Guru Utama selalu ponteng sembahyang ini sudah lama menjadikan ahli-ahli yang berfikiran kritis tertanya-tanya. Jadi, melalui blog ini, saya cabar mana-mana ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dari seluruh negara supaya tampil mengemukakan tafsiran-tafsiran al-Quran dan al-hadis yang kukuh dan diperakui sepanjang zaman yang mengatakan bahawa TIDAK WAJIB sembahyang bagi mereka yang sudah sampai ke tahap nabi, wali, imam mahadi atau pemuda yang akan memegang panji-panji imam mahadi. Kemukakan lah walaupun satu ayat dari al-Quran dan al-hadis. Ingat, al-Quran dan al-hadis, BUKAN KITAB HIKAM...

     
  • At 8:50 AM, Blogger antikejahilan said…

    Ada kah keberkatan bagi guru yang memperjuangkan Islam di meja restoren sehingga jam tiga empat pagi? Mampukah Encik Mad Radzi menangani cabaran-cabaran dunia akhir zaman khususnya menyelamat Islam dari ditekan oleh musuh-musuh yg dtg kiri dan kanan, depan dan belakang, hanya dengan bersembang kosong di kedai makan?

     
  • At 8:58 AM, Blogger antikejahilan said…

    Pendirian saya konsisten sejak awal lagi. Saya sukar mengiktiraf orang yang tidak sembahyang sebagai seorang tokoh pejuang Islam.

     
  • At 4:18 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    adakah kalau Guru Utama aku sembahyang,nak kene tunjuk depan kau...??

    macam tu ka yang kau nak?
    kalau nak sembahyang,riuh sekampung pi bagi tau orang kata nak sembahyang...

    dan adakah keberkatan seorang Guru Hakikat itu terletak pada sembahyangnya...?

    hang jangan ingat semua keistimewaan hidup terletak pada sembahyang...di sini aku tidak sesama sekali memperlekehkah sembahyang...

    tetapi contoh adalah Saidina Abu Bakar As Siddiq...Beliau banyak bersembahyang,banyak membuat amal ibadah lain dan adakah kelebihan beliau terletak pada amalannya....???

    dan saudara,kalau kamu tak nampak GU tak sembahyang di depan kamu,jangan anggap dia itu orang yang tak bersembahyang langsung...

    saya rasa kamu jangan la nak eksyen walaupun kamu dah rasa kamu blaja agama dah tinggi...tak usah la...
    dengan orang lain kau boleh menang la,dengan Guru seperti En Md Radzi,aku juga cabar kau jumpa dia berdebat agama kalu kau rasa kau HEBAT SANGAT...

     
  • At 4:23 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    apa salah ka seorang Guru itu duduk di meja restoran sehingga pagi...bawak keluar isi kandungan KITAB MANA YANG KATA SALAH KALAU SEORANG GURU ITU DUDUK DI MEJA MAKAN RESTORAN BERSAMA RAKAN...

    Bukannya pi disco,pi dangdut...
    PI RESTORAN....!!!
    Amboi nampak sangat hang tak puas hati kenapa...

    hang rasa hang dah banyak sangat sembahyang,amalan hang dah banyak,pahala dah banyak...so,hang je la jadi pemimpin....sebab orang lain semua tak elok...hang je elok...HANG JE LA JADI GURU...!!!

     
  • At 5:45 PM, Blogger Mad Ready said…

    Keh2 Mad Radhi dah kena tangkap polis... Kena gari gunting sama itu polis... Abis Cite...

     
  • At 6:31 PM, Blogger Mad Ready said…

    Berita Mad Radhi di tahan oleh pihak polis telah mengemparkan seluruh warga Cekak Hanafi. Apatah lagi penahanan beliau dilakukan di rumah tempat juak-juak beliau berkumpul di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan dilakukan di hadapan pulohan pengikut-pengikut yang tidak mengerti apa sebenarnya masalah yang melanda persatuan.

    Banyak cabaran dan tuduhan yang dilemparkan kepada orang-orang lama dan para pemimpin persatuan kononnya tiada laporan polis dibuat dan kononnya semua isu yang ditimbulkan adalah fitnah semata-mata untuk menjatuhkan Guru Utama. Walaupun pihak MMK telah menubuhkan jawatankuasa yang dipersetujui oleh semua mereka, yang kemudiannya mendapati Mad Radhi bersalah, mereka mula menuduh ada elemen berat sebelah dan bias dan tidak mahu menerima keputusan yang dibuat oleh MMK. Mereka mahu pihak yang lebih berwibawa mengendalikan kes tersebut. Dan kata mereka lagi, Mad Radhi tetap tidak bersalah walau apapun keputusannya. Jadi, apa yang berlaku pada pukul 1.30 pagi pada 7 Muharram 1428 bersamaan 26 Januari 2007 merupakan satu titik hitam dalam sejarah keluarga Ustaz Hanafi apabila Mad Radhi di gari tangan beliau dan dibawa pergi dengan van polis dan peristiwa ini berlaku dengan di saksikan oleh pulohan penyokong-penyokong beliau yang taksub itu dan juga abang kandung beliau iaitu Mokhtaruddin.

    Sejak di awal kes ini lagi sudah kedengaran Abang Amruddin dan Abang Md Nasir menasihati pihak keluarga Ustaz Hanafi supaya kes ini tidak dibawa kepada pihak luar. Takut nanti kita tidak mempunyai kuasa lagi untuk mengawalnya. Tetapi oleh kerana perasaan takbur dan ego mereka yang sangat tinggi, mereka telah menolak mentah-mentah saranan anak murid kesayangan Ustaz Hanafi ini, malah pihak keluarga telah melabelkan mereka sebagai binatang!. Mereka juga berkata, jika kes ini dilaporkan kepada pihak polis, mereka sudahpun bersedia dengan polis dan penguam untuk menghadapi kes ini. Bukan main sombong lagi mereka ini. …
    Oleh itu, permintaan mereka supaya kes ini diadili oleh pihak yang berkuasa telah dipenuhi dan sekarang pihak persatuan sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Sekarang kita hanya tunggu dan lihat sahaja anak-anak Ustaz Hanafi bertempiaran berlari ke sana ke mari bagi menghadapi kes tersebut.

    Sebenarnya tindakan MMK terhadap Mad Radhi sebelum ini adalah betul dan berdasarkan bukti dan asas yang kukuh.. Tindakan menggantung keahlian dan menolak kepimpinan beliau tidak dapat dielakkan apabila Mad Radhi didapati bersalah oleh jawatankuasa penghakiman. Keputusan MMK dibuat bukan atas dasar suka-suka ataupun fitnah ataupun untuk menjatuhkan guru utama. Tindakan MMK adalah untuk mengelakkan Mad Radhi dari berhadapan dengan pihak berkuasa dan keluarga Ustaz Hanafi mendapat malu yang tidak terhingga. Tindakan MMK juga adalah untuk menjaga maruah dan imej perjuangan yang telah diterajui oleh Ustaz Hanafi sendiri.

    Penahanan Mad Radhi ini setidak-tidaknya telah membuka minda ahli-ahli sekelian bahawa Mad Radhi sebenarnya adalah manusia biasa sahaja. Beliau tidak kebal dari undang-undang dan boleh dikenakan tindakan jika disabitkan kesalahan. Kita tidak tahu apakah keputusannya selepas ini apabila kes di bawa ke mahkamah, namun dengan hanya beliau ditahan reman oleh pihak polis sahajapun, telah memberi malu yang teramat sangat kepada keseluruhan pergerakan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Apa lagi yang hendak dikatakan kalau itu yang Mad Radhi dan keluarga Ustaz Hanafi mahu….
    Biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan. biarkan…….

    Pak Kaduk – tidak akan membaca talqin kali kedua untuk Mad Radhi kerana Pak Kaduk telah talqinkan beliau beberapa hari yang lalu….

     
  • At 5:28 AM, Blogger antikejahilan said…

    Jangan marah dan emosional. mari kita bincang secara rasional. Sy adalah salah seorang kroni dan berkhidmat kepadanya penuh taat sejak 13 tahun lalu. Memang sy tengok dia tidak sembahyang dr masuk waktu sampai habis waktu. Sy selalu ke rumahnya, ke rumah mak teh, dlm majlis2 etc. itu satu bukti yg nyata. Kenapa sy masih dengan silat cekak hanafi. krn sy ada niat hendak bantu adik2 yg suka lepak di tepi jalan, membuang masa tak tentu arah spy buat aktiviti yg lebih berfaedah utk agama dan bangsa. soal guru tidak solat, saya ketepikan. yg penting, budak2 remaja dan belia di luar sana harus kita tarik ke dalam satu aktiviti yg sihat.

    tentang kelebihan abu bakar bukan terletak pd sembahyang dan puasa ttp pd hatinya. ini adalah hadis palsu. rujuk sahih muslim dan sahih bukhari dan jugab himpunan hadis2 daif dan palsu. Dia tak hati-hati. Dia ada SPIN DOCTORS di belakangnya dan sy salah seorang, tapi sy tak pasti dr mana dia ambil hadis ini.

    Tentang kasyaf, dia TIDAK KASYAF krn sampai saat ini, dia masih tidak tahu bhw sy menentangnya dlm diam. Ada dua kali sy ke rumahnya selepas isu ini, dia ucap terima kasih. Dia juga tanya tentang seseorang yg rapat dgn sya yg juga rpt dengan dia, macamana pendirian budak itu? sokong atau tentang? hairan, kalau dia kasyaf, tak perlu tanya. atau kalau nak tanya juga, pergi tanya sendiri, kenapa perlu melalui orang lain?

    Kasyaf dia pd mulanya sy ingat itu anugerah. tp setelah lama terlibat dlm kroni, sy tahu kasyaf itu krn ada tukang sampai. cth : dlm perkara B misalnya, si A tahu dan sampaikan pada dia. Bila sy jumpa dia, dia akan hint2 secara tidak jelas dan kabur2 pasal perkara B. Bila sy tanya macam mana tahu, dia senyum2 sinis, buat muka macam "aku tahu lah ". sy ingat mungkin firasat atau ilham atau mimpi. Namun, tidak lama selepas itu, krn sy campur dgn kroni baru tahu ada di klgan kroni juga yg jadi telefon karat. dlm sesetengah perkara, ambil masa yg sekejap utk tahu. sesetengah perkara ambil masa yg lama, kadang2 5-6 thn. Sbb itu lah kalau lama bercampur dgn kroni, lagi byk yg akan tahu.

     
  • At 5:55 AM, Blogger antikejahilan said…

    Pencantas kebatilan, awak suruh sy berdebat. Ok, ini pengalaman sy. Krn sifat meronta-ronta ingin tahu pasal itu ini tentang agama, sy memang byk tanya pada awalnya. Tp reaksi yg sy terima sungguh sedih. dia skdr mendiamkan diri dan memberi reaksi bhw bukan masanya utk jawab. Semua persoalan berlalu begitu saja selama 13 tahun. Saya tahu sikit2 pasal HAKIKAT bkn dr dia tp dari sumber lain. Kalau rajin cari sumber lain, kita akan dpt bezakan antara kupasan dia dengan kupasan org lain. Tp dia selalu hint2 kata ustaz2 lain itu tiak bagus. Dan dia juga tahu sy ada byk maklumat tentang agama. jadi, kalau bersama dia, dia tahu topik apa hendak dibawa. Kita biasanya kalau mengadap dia, kita akan ikut sahaja ke arah mana dia bawa perbualan itu. Topik selaluya dia yg mula dulu. Kalau topik yg kita bawa, boleh pasal artis, boleh pasal ahli politik, boleh pasal perang Amerika, boleh pasal apa sahaja, tapi jangan pasal agama - SENSITIF! Sy sudah byk kali alami. Selalunya tak lama. Dalam dua tiga ayat, dia stop. Atau kdg2 dia cantas terus, walaupun baru hendak bermukadimah. Mcm ini kah mahu berdebat dan berhujah? Sedangkan Islam itu tegak atas hujah sy pula terpaksa jadi pak hangguk di depannya. sy pernah borak dengannya dr 10 mlm hingga 4 pg. Tahu topik apa yg kami borak? pasal HANTU! hantu pulak bukan hantu luar biasa, tp hantu yg koman2 yg budak2 kecil pun tahu. Topik hantu ni satu topik yg bawa umat Islam mundur ke belakang, bukan maju ke hadapan. Sy bosan kerana terlibat dalam perbualan yg tak mencabar minda, sebaliknya hanya kisah2 biasa berbentuk picisan,murahan. apa pun, sy buat2 muka excited dan seronok dpt berdamping dgn org sehebat dia.


    Sy pernah tanya kak Ita, buku agama apa yg abg Mad baca. Muka kak Ita blur. Agak lama dia nak jawab. Akhirnya dia kata, "entah, kak ita nak cakap pun tak tahu." Tujuan sy tanya ialah hendak hadiahkan buku tp takut dia tak suka pd topik atau buku, jadi hendak risik lah dulu sblm beli.

    Suatu hari, kak ita merungut psl Nurul, anmaknya yg liat bangun pg dan susah nak kesekolah. lepas tu, pasal dia letih anak2nya ada dua sesi sekolah, satu sekolah kebangsaan, satu lagi sekolah agama. (KAFA). Kak Ita kata, walau letih terpaksa uruskan mrk sbb kalau tak hantar sek agama, nanti "tak tahu apa2 pasal agama pulak!" sy sungguh terkejut. Sepatutnya, kalau anak org alim, dia tidak hantar anaknya ke sekolah agama KAFA itu krn sistem pljrn KAFA sangat mundur. kalau profesor U atau guru agama, mrk ajar sendiri. kalau org tak tahu agama mcm saya, selalunya akan byr cikgu persendirian utk ajar anak2 di rumah sendiri atau di rumah cikgu itu. Lagi puas hati krn walaupun beberapa jam seminggu, mrk ajar sungguh2. Tapi sekolah agama yg ada, buang masa anak2 saja, nak pakai baju uniform putih-merah, berjalan kaki atau naik bas ke sekolah sedang apa yg diajar adalah perkara yg jumud2 belaka. kdg2 cikgu KAFA ponteng, kelas dibiarkan kosong. Buku latihan, kdg2 sampai hujung tahun baru beberapa mukasurat dibuat. Yg lain kosong. cikgu juga kdg2 cakap kasar marah2 budak, jadi perbuatan tak Islamik langsung. Budak2 pun jadi kasar walaupun itu bukan akhlak Islam. jadi, org yg jahil mcm sy terpaksa cari cara lain utk terapkan didikan agama pd anak2.

     
  • At 6:08 AM, Blogger antikejahilan said…

    Memang tak salah berborak di restoren. Yg jadi masalahnya ialah membuang masa. Sepatutnya masa itu digunakan untuk perkara bermanafaat. Sy 'access' kpd ramai aktivis Islam di KL. Sy tengok mrk lain. Mrk BUAT, tidak BERCAKAP. Tp dia BERCAKAP tp TIDAK BUAT. Ini yg sy sedar. Tahu tak kenapa organisasi lain begitu maju ke hadapandr segi imej, reputasi, publisiti, kewangan, hubungan dengan agensi kerajaan, pemimpin, pihak swasta? Krn mrk BUAT. Allah tak pernah beri kemenangan percuma. Tengok lah sejarah perang badar. Kenapa demo di Titiwangsa, tak sampai pun 5,000 dan kita terpaksa menipu MBR, media dan masyarakat umum? Sbb kita tak berusaha. kenapa duit masuk perayaan 40 tahun cuma seciput sahaja sedangkan yg keluar byk berketul2? sbb kita tak usaha.

    tentang borak lama2 tak de faedah kat meja restoren ni, tengok ayat tentang amat rugi org yg tak manafaatkan waktu untuk berbakti.

    Al'asr (masa) ayat 1-3

    Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dlm kerugian, kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan amal saleh dan menasihat menasihati spy mentaati kebenaran dan nasihat menasihati spy menetapi kesabaran.


    rujuk Quran, bukan kitab HIKAM.

     
  • At 6:08 AM, Blogger antikejahilan said…

    Ada sesiapa tak boleh kupas isi KITAB HIKAM?

     
  • At 6:17 AM, Blogger Kelabuasap said…

    kata pakcik aku Kitab Hikam ni tak boleh main baca saja, sebab ilmu yang nak disampaikan tinggi tarafnya silap haribulan boleh sesat

     
  • At 3:30 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    sebenarnya awak lah yang teruk....awak ni tidak jujur...kalau dah tak suka,kenapa buat2 suka...tak suka pegi berambus je la...ingat orang macam hang ni ada 1 ja ka dalam dunia ni...

    kalau kita hidup,kita sentiasa rasa kita je bagus,hat lain semua tak bagus,payah.....!

    macam hang la...memang payah...hang je yang bagus...guru hang pun tak bagus...kan?

    jadi kalau seseorang itu tidak sembahyang DI DEPAN MATA KAMU,apa sebabnya...

    Guru sendiri pernah memberi tahu pada saya dan juga anak2 murid yang lain tenang KEIKHLASAN SEMBAHYANG....dan jadi saya teramat KENAL dengan GU....

    Dan dia bukan orang yang akan sembahyang di depan orang....Buat apa sembahyang nak orang tahu....macam hang,mungkin hang ni kalau nak sembahyang mau riuh sepejabat bagitau kata nak sembahyang.....

    dan hang pandai2 je kata hadis yang kelebihan S.A.Bakar tu tak betul ye.....nampaknya hang ni dah rasa baguih sangat dalam bab agama ni....

    aku pun mula la ni....dok kata macam ni mula nak naik angin ni....!!

    aku nak tanya hang la 1 soalan....hang kata hang baguih kan?aku nak hang jawab...

    Bagaimana yang dikatakan IKHLAS ITU ADLAH RAHSIA SEGALA RAHSIA...?

    ini apa yang Guru aku ajar....

     
  • At 3:41 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    Kitab Hikam ni mengandungi isi2 untuk pembacanya mengenal Tuhannya...jadi Kitab ini adlah Kitab Khusus kepada mereka yang ingin kenal Tuhan...dan di dalam Hikam mengandungi Hakikat Ketuhanan...

    Hikam berkata "BARANGSIAPA YANG KENAL DIRINYA,MAKA DIA TELAH KENAL TUHANNYA...."
    (Kitab Hikam)

    KENAL dan TAHU tu beza....

    aku boleh bagi tau pasal tu je...itu sedikit sebanyak yang aku tahu...
    Tapi kalau kau nak KUPAS ISI,itu bukan taraf aku,itu Taraf Guru aku....

     
  • At 8:32 PM, Blogger Mad Ready said…

    Oppppssss.... Mad Radhi bukan sebenar guru lagi.... Wahai Pencatas Kebatilan, hang boleh cantas sendiri diri ko yg batil itu....

     
  • At 7:18 AM, Blogger antikejahilan said…

    pendirian saya konsisten sejak awal lagi, saya rasa sukar hendak terima org yg mudah naik angin, emosi dan marah2 sbg org yg kuat agama. org yang beragama, akhlaknya sgt tenang, cool, tidak cepat melatah, apa lagi 'naik angin'.

    soal sembahyang,saya pun selalu ponteng sembahyang krn guru sy tak sembahyang. dr segi agama, sy cuma ada teori saya, praktikal tak ada. Bukan kah kroni-kroni pun begitu, ckp pasal agama pandai, tapi amalan...? kalau suruh ckp pasal agama, memang lah berdegar-degar sampai langit pun boleh terbelah. siapa yg ajar sy jadi begini? siapa yg bawak sy ke alam khayal, dicandukan dgn cerita dongeng para wali, asyik masyuk dgn kisah2 mistik tanpa bukti dan fakta yg kukuh? sy ada anak murid tuan guru. bagaimana guru, begitu lah muridnya.

     
  • At 11:44 AM, Blogger Mded said…

    pasal xsmyg n apa suma tu..

    KENAPA SKRG BARU NK KOMPLEN?

     
  • At 2:13 PM, Blogger no one said…

    assalamualaikum...

    amboi syoknye mengata GU tak solat, mcm la hang ni dok berkepit dgn dia 24 jam sampai boleh kata lagu tu?

    sepjg2 aku belajar silat ni, tak penah pulak aku dgr GU kata "TIDAK WAJIB sembahyang bagi mereka yg sudah sampaitahap nabi, wali, imam mahadi atau pemuda yg akan memegang panji2 imam mahadi"? hang dgr dr 'guru' lain kot? yg aku dgr dia dok sebut ialah 'JANGAN TINGGAL SOLAT' ada la!!

    hang kata hang ragu dgn ajaran GU, awat hang dok follow dia selama 13 tahun ni? seronok lepak kt restoran dengaq 'sembang2 kosong' sampai jam 3-4 pagi tu kot?

    kalau hang rasa GU tak betoi (tinggal solat, lepak2 kt restoran, sembang2 kosong), awat hang tak tegur? takut? apsal takut kalo hang rasa hang benar? 'berani kerana benar, takut kerana salah'!!

    hang kata kak ita ada merungut kt hang psl masalah keluarga? amboi, rapat betoi hang dgn keluarga GU?...lepas tu pi fitnah plak depa ye? apsal hang pi rapat dgn depa, walhal hang dok fikir GU membawa ajaran yg salah?

    GU sembang dr 10pm-4am semata2 psl hantu? huiyooo!! dah tu hang tak reti2 nk berambus? tunggu je la smpi kul 4am dgr crita hantu? ntah2 ada cerita lain selain dari cerita hantu kot? 6jam cerita psl hantu...perghhhh...boleh la masuk dlm Malaysia Book of Records...

    hang kata hang stay dlm silat ni krn nk elak anak2 muda dr buat aktiviti tak berfaedah ye? haa, elok sgt la tu...lps tu suruh plak depa lepak2 kt restoran smpi jam 3-4 pagi, sembang2 'kosong' dgn guru yg 'tak betul'...baguih...baguih...

    YM byk berdiam diri/jwb sepatah-dua bila ditanya bab2 agama? what?!? tak pernah pulak saya lihat YM begitu bila ditanya mengenai hal2 agama??...hang ni buat fitnah lagiii...

    hang ni kasyaf dgn mursyid pun hang tak tau nak bezakan, lagi mau cakap lebih2...

    kpd 'mad ready': oi, YM kena tahan reman utk membantu siasatan la...mana2 kes pun mcm tu, kalo ada aduan, polis kena la tahan suspek utk disoal-siasat...hang berkata2 seolah2 beliau dah disabit kesalahan pulak...ops, lupa pulakkk, hang dok pakai undang2 'mahkamah beruk', tu la pasal!!!..siasatan tak abis lagi, dah jatuhkan hukuman...bodoh betul!!!

    kpd yg menyokong YM, jgn goyah!!!...sama2 la kita doakan agar YM dpt melalui dugaan ini dgn selamat...

     
  • At 2:37 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    This comment has been removed by a blog administrator.

     
  • At 2:43 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    yang hangpa semua nak sibuk2 pasal GU punya sembahyang ni apa kes....selama ni kalau korang tak sembahyang,ada GU nak sibuk....

    sembahyang antara kau dengan Tuhan....orang lain sebenarnya tidak ada hak untuk tanya pasal solat kita.....

    kita yang solat,hanya kita dengan Tuhan je la tahu....kalu orang nak tahu,tahu la....tak tahu sudah....
    titik....

     
  • At 2:49 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    sape yang betul2 nak try tu...
    boleh tak ada masalah....hang kontek je sapa2 member ibu pejabat yang hang kenai cakap kat depa nak try....
    depa mesti layan hang punye....

    tapi hang mesti tak berani la....hang lawan guru hang,ilmu hang dah tak lekat....jadi kalu try pun,tak guna lah.....

     
  • At 2:56 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    anti kejahilan,kalau awak menulis diblog saya ni dalam niat yang baik teruskan....kalau niat nak menghina MD RADZI HANAFI,lupakan dan pergi berambus...

     
  • At 4:44 PM, Blogger Mad Ready said…

    Aku hanya boleh tersenyum dengan gelagat dan telatah Si No One dan si Pencatas Kebatilan ini... Bermati-matian memperthankan dan menyokong pada seseorang yang bukan lagi sebenar guru... Menegakkan benang yang basah.... Sedarlah... Wahai... No One dan Pencatas Kebatilan apa guna mata dan telinga yang ada pada kamu... terang-terang ko lihat dan tahu bekas guru pujaaan kamu tuh kena cekup dengan polis dan di gari..... Sedarlah-sedarlah dari fantasi mu itu..... Mad Radhi guru terhebat kamu tuh hanya fantasi.... Dia hanya manusia biasa... Kalau digari pon tak lepas kemana..... tak hilang.... tak terbang... Sedarlah-sedarlah....jangan mensia-siakan dan mengiyakan perkara yang fantasi.... Cantaslah kebatilan dibenak kamu itu....

     
  • At 5:00 PM, Blogger Mad Ready said…

    Tak payah try la dengan Si Pencantas Kebatilan nih buang masa jer.... Guru die yang dikasihi tuh pon tewas dengan gari gunting polis.... What a joke... :))

     
  • At 6:51 PM, Blogger antikejahilan said…

    jangan marah, jangan marah, jangan marah - sabda nabi Muhammad saw.

     
  • At 9:25 PM, Blogger Mad Ready said…

    Isk2 Murid Tuan Guru.... Jangan ingat undercover special task force takda waktu tuh... :)

     
  • At 6:18 AM, Blogger Mded said…

    Ustaz Hanafi pun dulu penah masuk lokap kes serangan di stesen keretapi Butterworth...

    Pergh.. Undercover.. Special task force.. Diorang pun byk lg keje lain nk buat.. Takpayah nk bohonglah..

     
  • At 6:56 AM, Blogger antikejahilan said…

    Mari kita berfikir dengan cara yang rasional dan tenang. Pencantas kebatilan begitu marah kepada saya. Menggunakan perkataan yang emosional dan menyuruh saya pergi berambus. mari kita kaji blog-blog lain yang menyokong Tuan Guru termasuk laman webnya. Kita lihat nadanya sama sahaja iaitu banyak menggunakan kata-kata kesat, marah, benci dan seperti tertekan (stress). Kita tertanya-tanya juga, kenapa pengikut seorang yang soleh yakni yg sudah sampai ke peringkat wali Qutub dan boleh pula berjumpa nabi, tetapi tergamak mengeluarkan kata-kata kesat. Dari segi akhlak, kita lihat penyokong Tuan Guru 'out'. Dari segi strategi berdakwah/menarik hati orang, mereka ini 'out'. Dari segi pendekatan, mereka ini 'out'. Dengan kata-kata kesat, kasar, emosi dan marah-marah itu, mereka mungkin dilihat sbg menang dalam perdebatan, ttp dari segi menawan hati orang, mereka kalah. Ini sangat berlawanan dengan strategi dakwah Rasulullah. Rasulullah berdakwah secara halus dan lembut. Wataknya juga lemah lembut dan berhemah. Bayangkan orang Arab secara fitrahnya adalah kasar, tetapi turunnya Islam ke bumi Arab itu dengan dibawa oleh Muhammad bin Abdullah itu, menyaksikan bagaimana orang Arab berubah menjadi lemah lembut. Kenapa? Kerana lemah lembut adalah sebahagian dari ajaran dlm Islam. Dengan musuh pun, mereka masih berlembut. Nabi pernah marah dan garang pada musuh. tetapi kes spt itu tidak banyak direkodkan dalam hadis dan sirah (sejarah). Yg paling byk direkodkan ialah bagaimana rasulullah menghadapi penentang-penentangnya dengan cara berhikmah dan bijaksana. Sy menyeru kepada ahli-ahli semua spy kembali melihat peribadi nabi dan sejarah nabi. Ya, Tuan Guru selalu berkata.'ikut nabi", 'Ikut nabi" "ikut nabi". Jalan kita yang kita pilih ini ialah "jalan nabi" atau "jalan sahabat". Tapi berapa peratuskah yang kita ikut? Sy sendiri tidak ikut. Sampai saat ini, sy masih sukar hendak berubah. Sy selalu garang dan marah2 terutama dgn anak2. Memang, untuk jadi seorang yg sabar dan tidak mudah melenting, perlukan latihan. Al-maklumlah, sudah sekian lama diri ini sebati dengan sifat cepat marah. Mengawal marah adalah satu skill yg perlu dilatih hari-hari. Sy akui masih gagal mendidik diri. Sy bukan bagus. Sama saja dengan sesetengah dari kita. Bukan kah sy juga murid a.k.a. anak didik Tuan Guru?

     
  • At 7:52 AM, Blogger Mad Ready said…

    Wahai... Mdedbiz Resources macam2 lah alasan ko berikan, asalkan benang yang basah ko dapat tegakkan... Yer tak? Jangan lah taksub sangat, umpama "lembu yang dicucuk hidungnya" pulak... tak berfaedah pon... Cantas kebatilan pada benakmu.

     
  • At 9:03 AM, Blogger no one said…

    assalamualaikum...

    tak abis2 dgn slogan 'tegakkan benang yg basah' dia tu...kalau mcm kes pak ak hang boleh la kata mcm tu...ini bukti pun xde, dok kecoh2...baru kena soal-siasat, dah heboh seolah2 dah jatuh bersalah...hangpa tu la, dok ikut undang2 'mahkamah beruk'!!! oi, 'ayam masih berlaga' tau!!

    terus terang aku ckp memula peristiwa ni berlaku aku sendiri pun goyah, nyaris gak join geng2 yg menentang YM...tapi aku tgk pihak yg menentang YM terlalu melampau, fitnah macam2!! hangpa tak adil terhadap beliau!! hangpa kejam!! siasatan belum selesai hangpa dah dok canang kt kelas2 yg YM bersalah!!--> "YM buat benda2 tak senonoh!!", "YM pecah amanah!!"...tak cukup dgn tu, hangpa lucut dia dr jawatan presiden sblm beliau disabitkan kesalahan!! aku nmpk benda2 ni!! kezaliman terang2an depan mata aku!! adakah aku boleh dikira sebagai manusia jika aku menyokong puak2 kamu ni?!?! adakah aku boleh biarkan kezaliman yg hangpa buat pada guru yg telah byk berjasa pada aku ni????!!! adakah aku boleh menerima keadilan 'mahkamah beruk' ini????!!!

    kalau hangpa boleh buat kt YM sampai lagu ni, satu hari sok, hangpa mungkin plak buat kt aku menda2 ni!!! kalo tak kat aku, hangpa bolah buat kat keluarga/sahabat/saudara-mara aku yg lain!!! aku mesti halang korg sekarang sblm ianya terlambat!!!!

    'antikejahilan' berkata2 mcm pandai sgt psl Islam, tapi dok buruk2kan nama baik org lain tu psl apa? dok buat fitnah yg bukan2 pulak tu?? ada ke nabi suruh buat mcm tu? cakap tak serupa bikin... perangai buruk hang tu, jgn dok nk salahkan guru, salahkan diri-sendiri...ada ke pulak bila seseorg tu buruk sikapnya, guru dipersalahkan...oi, abis tu adik-beradik Long tu apa kes? adakah arwah Ustaz Hanafi seorg guru yg tak betul sampai ada murid beliau yg sanggup nk bunuh beliau?...hangpa ni dah dok pikir nk burukkan nama org lain, dok fikir nk memfitnah, sampai dah tak boleh fikir dgn betul dah pun nmpknya....

    aku paham perasaan 'pecantas kebatilan' apabila dia mula berkasar...kita kena igt setiap manusia ada had kesabaran masing2...apabila seseorg yg kita sayangi dizalimi begitu, aku rasa tak ramai yg mampu menahan sabar sebegitu lama...jadi tak payah la hangpa nk putar belit itu ini, aku mmg dah tak percaya akan kata2 hangpa nih...semuanya penipu!!!pemfitnah!!!

     
  • At 6:05 PM, Blogger antikejahilan said…

    No one, sabar, sabar, sabar. Banyak kan beristighfar. Percaya lah cakap saya. istighfar, istighfar, istighfar. Dlm keadaan marah mcm ini, istighfar lah saja ubat yg paling mujarab. Minta Allah tenangkan hati awak dan tunjukkan awak jalan yg lurus. Allah tu baik. Sy tak cakap kat awak pun, awak tentu tahu Allah tu baik kan?

     
  • At 6:07 PM, Blogger antikejahilan said…

    Ini ada cerita betul, bkn fitnah. Anak sy memang selalu sy bawa ke majlis2 Silat Cekak Hanafi dan mrk kenal hampir semua ahli yg rapat, org kuat, MMK dan kroni. Anak sy ini sejak belum sekolah lagi sudah tahu pasal Tuhan dan sudah lekat dlm fikirannya bhw Tuhan adlh satu kuasa tertinggi. Suatu hari anak sy berkelakuan nakal, sy pun tegur dia.
    "Jgn buat mcm tu,nanti Pak Tam nampak Pak Tam marah," tegur sy dengan suara mahu menakut-nakutkan dia spy dia tak buat lagi perkara itu. Tahu apa jawab dia?

    "Tak. Allah yg marah. Pak Tam dengan Allah, mesti lah Allah lebih ada kuasa."

    Selamba saja dia lontarkan dialog ini. Sy tergamam. Apa ertinya, sy sendiri pun tak faham.

     
  • At 9:14 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    jadi apa kena mengena hang marah anak hang dengan kes GU ni....

    aku rasa2 aku tahu hang ni sapa...memandangkan hang kata hang selalu marah2 akhir2 ni...aku rasa aku tau hang sapa...aku rasa2 la...

     
  • At 9:20 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    saudara sekalian,

    apa jenis orang la kalau sanggup menggelar Guru dia sendiri MAD JILAT...?orang jenis apa ni...
    dan samakan pulak Guru itu dengan anjing....aku rasa Guru Pendidikan Jasmani pun tak berhak diperlakukan begitu...

    hangpa jangan lupa siapa Guru hangpa semua...hangpa tetap anak murid...hang pangkat PM ka,menteri ka,HANG TETAP ANAK MURID....

    dok bercerita pasal Nabi pandai,tapi kenapa tak cerita pasal Imam Syafie menghormati gurunya macamana?
    kenapa tak TEKANKAN BAB ANAK MURID MENGHORMATI GURU...!
    Itu yang sepatutnya dicanangkan...

    Bukan orang lama yang diutamakan,tetapi sepatutnya Guru...tapi nak buat macamana...hangpa PUNYA KIBLAT kat orang lama tu kuat sangat,jadi apa depa dok kata,hang telan la...mana la tau telan2 dapat jadi MMK...

     
  • At 10:02 AM, Blogger no one said…

    bagus la, anak kamu nmpknye cerdik...harap2 bila besar nnt dpt berbakti pada agama Islam...

    saya setuju dgn pencantas kebatilan...depa ni bukan saja melampaui batas murid-guru, tetapi melampaui batasan sesama manusia!! apa kes seorg manusia memanggil seseorg lain itu 'anjing'?? masya-Allah...lebih2 lagi kamu lontarkan cacian itu kepada seseorg yg belum diketahui bersalah atau tidak!!! guru kamu pula tu!!

    ...mengucap & istighfarlah banyak2...

    ...astaghfirullahalazim...

     
  • At 3:38 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    jadi kalau ada 55 ribu orang anak murid,nak kena tegur ramai tu....

    hang punya sembahyang,antara hang dengan GU...

    GU tak pernah sibuk2 pasal saper2 punya sembahyang....

    kang nanti kalau GU suruh sembahyang,nanti ank murid dia sembahyang pasal Guru pulak....

    Sembahyang bukan sebab guru...hang nak sembahyang,hang punya pasal la....sembahyang sendiri pun tonggang langgang lagi...ni nak sibuk pasal Guru punya sembahyang pulak...
    hang sapa?

     
  • At 4:21 PM, Blogger Kurik Kundi said…

    Anak murid yang nak kena tegur tu umur dia berapa? Kalau umur dah 40 tahun nak kena tegur lagi ke suruh sembahyang... akai letak di mana? ka takdak akai...

     
  • At 7:19 PM, Blogger antikejahilan said…

    pencantas kebatilan, siapa saya? siapa? cakap lah...

     
  • At 8:57 PM, Blogger Soul said…

    kamu buat teke-teki ke lan loya...

     
  • At 9:11 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    aku agak je wahai antikejahilan...bukan nyer konferm apa yang aku agak tu kau...

    dan saya setuju dengan murid tuan guru....kita punya sembahyang pun tunggang langgang,nak sibok orang lain punya sembahyang...

     
  • At 7:26 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    di tahan bukan maksud bersalah....
    dan benda ini bagi saya memang fitnah..!!

    kau lagi percaya budak 17 tahun tahuin ni yang ntah bile korang kenal aku pun tak tahu dari guru korang....tu je cerita dia...

    ko pun tak kenal saper syima tu,tapi apa yang dia cakap korang pegang...yang guru hang ni hang kenai,tapi sepatah pun cakap dia hang tak percaya....

    hang suruh syima je la jadi guru hang....

     
  • At 5:39 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    tahan untuk disiasat dan untuk mendapatkan maklumat....

    dapatkan maklumat nak buat apa?untuk mahkamah nanti la...

     
  • At 1:21 PM, Blogger no one said…

    assalamualaikum...

    flakesns oi, mmg la ada kes...bila kita buat laporan polis, polis akan nilai whether ada kes or not...so bila ader kes, suspek mesti la ditahan utk bantu siasatan... lepas buat siasatan, kena la ada verdict bersalah atau tak! itu la pasal ada court date! kita dah sedia maklum bila seseorg tu dituduh, polis akan siasat dulu, lps tu akan hearing di mahkamah dan court yg akan tentukan innocent or not!!! x caya pi la tanyer brader lan lawyer tu!!

     
  • At 10:40 PM, Blogger PAKAI_AKAI said…

    Salam,

    Pertamanya eloklah kita betuikan dulu perkara penting ni... 1) GU Mad Radzi bagi saya ialah Guru Silat, bukan Guru Agama... siapa pulak yang memandai-mandai ijazah agama dengan dia? Hal Silat TEPATlah kalau tanya dengan dia... hal AGAMA? Refer USTAZ-USTAZ bertauliah dan Tok-Tok Guru Pondok la... Mana boleh orang tua tu pandai semua benda...? Sapa yang angkat GU Mad Radzi sampai macam tu sekali? Kita jugak kan..? So salah siapa? Kita la jugak!

    Silat ni akan selamat jika tak ada orang yang kaitkan SILAT dengan AGAMA... Apa saja hal agama yang masuk melalui silat ini, anggap saja sebagai BONUS. Ini pemikiran tahap DEFAULT. Standard untuk dipakai dan dipanjangkan kepada penuntut-penuntut baru.

    Abistu kalau nak cari orang yang mahir agama untuk menerajui silat, adakah En Joe Marwi layak? Adakah En Joe Marwi tak pernah tinggal solat?

    Susahla macam tu.... Mudahkanlah beb.... SILAT is SILAT. Guru Silat kita adalah Guru Silat!

    Wassalam.

     
  • At 3:49 PM, Blogger aryon said…

    alhamdullilah persatuan seni silat cekak malaysia (psscm) semakin berkembang setelah masalah 1993 selesai..... yang benar tetap benar, bila datang nya hak yang batil akan batal, jadi terpulang kepada mana2 individu untuk memilih

     

Post a Comment

<< Home