Mencantas Kebatilan

Kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan,jika kebatilan mengatasi kebenaran,percayalah...hanya sementara.

Saturday, February 03, 2007

PENGHINAAN TERHADAP KELUARGA HANAFI....

Seperti yang telah kita baca di blog pak kaduk,tidak putus-putus mencemuh GU dan keluarga Hanafi...malah pak kaduk juga pernah menceritakan keburukan seorang demi seorang anak Hanafi....dan penceritaan itu biasalah,semuanya diaduk dan diadunkan dengan pembohongan...cerita sebenarnya lain,lain pulak yang dicanagkan pada orang ramai...
Macam GU mengaku masuk rumah Syima atas pelawaan,dan mengaku memicit kepala BUDAK itu,tetapi apa yang dicanangkan oleh mereka adalah GU mengaku mencabul budak tersebut...apa ni...orang kata lain,hang pi kata lain....sat lagi orang kata hang bodo hang marah tapi memang bodo....

Saya cukup sedih apabila membaca cemuhan,penghinaan,cacian,kutukan kepada GU dan seluruh keluarga Hanafi....sehingga Mak Teh sendiri dicacinya oleh mereka...
Adakah ini yang dikatakan kasih kepada Ustaz Hanafi Hj Ahmad?

Ooohh...tidak sesama sekali...tidak.....Contoh kalau kita nyatakan yang kita kasih kepada Nabi,tapi keluarga Nabi ataupun Ahlulbait kita BUANG,mmm....Tidak sampai dan tidak akan sampai makam kasih kepada Nabi....
dan sama juga seperti puak-puak ni....bercerita tentang kasihnya mereka kepada Ustaz bukan main lagi...tapi keluarga Ustaz mereka caci,hina,fitnah...!!hangpa jangan ingat la Ustaz nak kasih kat hangpa kalau macam ni yang hangpa buat dekat orang-orang yang Ustaz sayang...

Seperti yang kita ketahui,keluarga dan isteri adalah orang-orang yang dekat dengan kita....dan itu juga diketahui umum kecuali puak-puak penentang...depa tak tau yang keluarga tu apa?sebab tu depa selamba je hina keluarga Ustaz...

dulu,mereka-mereka ni jugak yang mintak perkara ni diselesaikan secara rahsia dan tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga aib GU serta keluarga Hanafi...tetapi tu semua BOHONG...!!!siapa yang mula-mula menghina nama-nama ahli keluarga Ustaz di alam cyber..?siapa yang mengaib GU di alam cyber dengan begitu dasyat..?dan KUTU mana pulak yang menunjukkan laporan JK penyiasatan dan JK kehakiman kepada orang luar...?dan ahli JK penyiasat mana yang mencaci,menghina GU dan mengatakan GU bersalah sedangkan masih dalam penyiasatan...?dan bagaimana pula dengan sms-sms yang kami terima tentang menggelar Guru kami MJ tu....?siapa yang telah menyamakan Guru kami dengan anjing...?dan bagaimana pula dengan email layang tentang kronologi yang telah disebarkan kepada bukan ahli CH...?apa semua ni....?apa...!!

Adakah ini yang mereka katakan mahu SELESAI...?!!
Adakah ini yang mereka katakan mahu RAHSIA....?!!

Kalau dah kemaruk sangat nak jadi Guru,bukak Silat hang sendiri...!!
[ pesanan kepada ?_ _ _? ]

(anda mesti kenal punya lah siapa...!!tapi sengaja tak nak nyatakan dalam ni....)

13 Comments:

  • At 2:17 PM, Blogger Mad Ready said…

    Maaf ya silat nih bukan milik sesuatu suku, kaum atau kerabat....silat nih milik orang islam dan ilmu silat nih datang dari Allah untuk orang islam....guru boleh bertukar-tukar jika selagi guru tuh islam dan ada sifat guru sebenar....barangkali guru akan datang boleh orang arab....pakistan...iran...mana kita tahu akan datang....buka lah mindamu dan cantaslah kebatilan dalam benakmu...

     
  • At 3:27 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    memang betul ilmu datang dari Tuhan...tapi mesti penyampaian ilmu itu datang melalui Guru....Takkan Tuhan nak ajar secara terus...hang bukan Nabi Muhammad....jadi ilmu mesti diturunkan melalui guru...jadi jangan perlekeh Guru...!
    KELUARKANLAH ISI AKALMU,
    JANGAN KELUARKAN ISI PERUTMU....

     
  • At 10:12 PM, Blogger anti_fitnah said…

    Ya,memang benar silat ini sejajar dengan agama kita,maka GURU BERTANGGUNG JAWAB sebagai 'saksi' KeISLAMan seseorang ahli semasa majlis Ijazah.

    Tapi Silat Cekak anjuran MMK la ni dah TOLAK majlis ijazah.So,siapa yang menjadi saksi KeISLAMan bakal ahli?

    MMK? ke hang mad ready?

     
  • At 2:04 PM, Blogger Pencantas Kebatilan said…

    saksi keislaman tu maksudnya time hang mengucap....sapa lagi nak jadi saksi time ijazah....udah la kapoeira....kalau tak puas hati tu,tak puas jugak la....hang tak usah dok berpura pura la tak sebelah mana2....dan kata anti-fitnah tu benar.....

     
  • At 6:26 PM, Blogger suwabara said…

    siapa kata silat ini tak boleh menjadi milik sesuatu kaum atau kerabat atau suku?

    semuanya boleh dan ianya terpulang kepada yang empunya atau GURU silat tu.

    memang semua ilmu milik tuhan, tapi tuhan juga boleh meletakkan syarat kepada sesuatu ilmu samada nak had kan kepada kerabat ke atau suku ke atau sesiapa yag lain.

    kalau tak boleh, maka tak maha kaya la tuhan tu.

     
  • At 5:50 PM, Blogger buayaputih said…

    "Antara isi akal dan isi perut".

    Isi bermaksud sesuatu yang ada, yang bermakna, bukan kosong. Contohnya dalam karangan bahasa melayu, markah diberi ke atas isi karangan, bukan ayat panjang berjela-jela tetapi kosong tanpa isi. Diam-diam ubi berisi, maksudnya ada sesuatu di bawah lapisan kulit ubi itu iaitu isi ubi berbanding tin kosong, yang tiada apa-apa di sebalik bekas aluminium. Udara atau angin dalam konteks ini dikira kosong. Jadi isi ini sesuatu yang ada dan boleh dijadikan pengisian bagi sesuatu. Kalau padi isinya beras, maka beras yang menjadi nasi boleh menjadi pengisian kepada perut yang kosong.

    Akal pula boleh ditakrif sebagai ilmu. Apabila dikatakan seseorang itu berakal, maka bolehlah dikatakan seseorang itu berilmu dan berpandangan yang mana membawa maksud boleh berfikir. Tak berakal maknanya tak boleh berfikir. Seringkali kita dengar haiwan tidak berakal kerana amat berbeza akal dengan otak. Ada pula panjang akal, ada pula pendek akal. Apabila dikatakan mengakal, maksudnya menghelah, yang mana perlu kepada ilmu dan strategi. Apabila diakalkan (dihelah) maka sudah pasti yang mengakal itu mempunyai ilmu atau strategi yang lebih daripada yang diakalkan. Maka bolehlah dikatakan akal sebagai ilmu.

    Perut pula membawa satu makna yang terus. Tempat makanan dihadamkan, disimpan sebelum dikeluarkan, tempat zat-zat dicerna, dan sebagainya. Apabila dikatakan isi perut, maka kita tahu ianya ialah sesuatu yang ada, apa2 yang terhadam, tercerna atau tersimpan di dalam perut. Jika tiada isi perut, maka dipanggil perut kosong. Udara atau angin dalam konteks ini dikira kosong. Isi perut juga ialah sesuatu yang busuk dan buruk. Apa-apa yang keluar dari perut semuanya tidak disukai, contohnya, tahi, kencing, muntah dan sebagainya. Jadi seboleh-bolehnya janganlah kita mengeluarkan isi perut sewenang-wenangnya tetapi di tempat-tempat yang sesuai.

    Maka, secara perumpamaannya, mengeluarkan isi akal bukannya isi perut bermaksud mengeluarkan sesuatu yang bernas (ilmu) dan boleh dijadikan pengisian, bukannya sesuatu yang dikeji dan dibenci apatah lagi tidak berguna (dalam konteks perkongsian pandangan).

    Namun, sesuatu pandangan tidak semestinya sesuai dengan semua. Pokoknya isi akal ialah sesuatu yang boleh membawa pengisian. Isi akal (ilmu) amat berlainan dengan isi otak yang tidak boleh dijadikan pengisian (kecuali untuk habuan perut-contoh, otak udang) dan amat bertentangan dengan isi perut. Namun, penerimaan terhadap isi akal tersebut bergantung kepada yang mendengar/membaca.

    Kadang-kadang isi akal itu sesuatu yang boleh diambil untuk pengisian tetapi menjadi kosong dan tidak berguna. Contohnya apabila berkata-kata tentang isi akal kepada tembok, atau kepada seekor kucing. Yang mana apabila dikatakan isi akal, pengisiannya juga untuk yang berakal (berilmu) bukan sekadar berotak sahaja.

    Bukankah mereka yang tidak rugi itu berpesan-pesan kepada kebenaran dalam kesabaran? Sesungguhnya sumpahNya ke atas masa itu adalah benar.

    Sekadar pandangan.

    "Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan"

     
  • At 3:51 PM, Blogger aryon said…

    alhamdullilah persatuan seni silat cekak malaysia (psscm) semakin berkembang setelah masalah 1993 selesai..... yang benar tetap benar, bila datang nya hak yang batil akan batal.... terpulang kepada mana pihak untuk memilih

     
  • At 2:54 PM, Blogger Aku Ahli Silat Cekak said…

    Sila lihat entri terbaru dalam ahli-silat-cekak,blogspot.com


    -Analisis Politik CH 1993-2005
    - Analisis Terkini Politik CH

     
  • At 5:10 AM, Blogger Aku Ahli Silat Cekak said…

    Lihat entri terbaru saya bertajuk

    Aliran Pemikiran Islam dalam SCH

     
  • At 5:34 AM, Blogger Aku Ahli Silat Cekak said…

    Sdr Aryon,

    Berkembang maju atau tidak bukan ukuran kebenaran. Sbg cth : Lihat organisasi Yahudi dan Kristian, mereka maju jauh ke hadapan dari organisasi Islam, tetapi adakah mereka benar?

    Organisasi Islam ada banyak masalah, ada yang mundur, tidak bergerak, tetapi adakah mereka batil?

    Bagi saya golongan yang benar ialah golongan yg sentiasa mengamalkan Islam sebagai mana yang disuruh oleh al-Quran dan dibuat pula oleh nabi seperti yang tercatat dalam Hadis. Cth : Surah at-Taubah iaitu surah ke-9,ada byk ayat yg suruh sembahyang dan keluarkan zakat. Kalau pemimpin dan ahli-ahli Cekak Malaysia hatta Kalimah sekali pun sembahyang dan keluarkan zakat, saya tak teragak-agak utk kata itu satu tindakan yang benar. Kalau pemimpin dan ahli-ahli Cekak Malaysia hatta Kalimah sekali pun tidak memburukkan orang lain, tidak memfitnah atau tidak mengadu domba, saya tak teragak-agak utk berkata kalian benar. Tapi harus ingat, sikap segelintir atau majoriti ahli tidak mencerminkan kebenaran sesebuah organisasi. Kalau sebahagian besar ahli berkelakuan ikut Quran dan Hadis, tetapi pucuk pimpinan tidak mengikutnya malah menerajui organisasi ke arah perkara-perkara mungkar, itu tetap tidak benar.

    Ogrnisasi yang benar ialah yang mampu melakukan amal maaruf nahi mungkar. Kalau tak mampu buat nahi mungkar, at least buat lah amal maaruf dulu. Saya tidak dapat beri komen tentang Cekak Malaysia kerana tidak aktif dalam Cekak Malaysia. Tapi sebagai umat Islam saya berbaik sangka pada Cekak Malaysia dan Pak Ak yang pernah saya salam dan cium tangannya satu waktu dulu. Pernah dengar majlis2 petuanya hingga lewat pagi. Sejak awal lagi, pendirian saya konsisten iaitu menilai peribadi orang berdasarkan kriteria Q dan S. Ambil yang baik dari orang itu dan tinggalkan yg buruk. Ini pendirian ustaz hanafi. Sebab itu lah dia boleh berkawan dengan gangster, kaki pukul samseng,orang yg banyak bini, orang yang pelik2 dan macam2. Dia pandai pilih mana yang benar pada diri seseorang.

    Sekali lagi saya tegaskan, pihak yang benar ialah pihak yang ikut apa Islam buat dan berkelakuan seperti A GOOD MUSLIM atau sekurang-kurangnya berusaha untuk jadi A GOOD MUSLIM.Kita ini bukannya baik-baik, tapi kita kena struggle untuk jadi baik. Kalau kita sudah baik, tentu kita sudah jadi ustaz, agamawan, mufti, ulama, etc. Sebab kita tidak baik lah, kita masuk Silat Cekak dan jadi ahli biasa.

    Tidak kira organisasi mana kita sertai, CM, CH, Kalimah, ABIM, JIM, PAS, UMNO HADHARI, Keadilan, Ikhwan Muslimin, Hamas, Hizbullah, GPMS, Belia 4B atau tidak menyertai mana-mana organisasi, orang yang benar ialah orang yang beramal dengan ilmu. Ada sikit ilmu, amal lah yang sikit2 tu. Ada byk ilmu, byk kan amal. saya akui memang susah nak amal. Bercakap tentang agama memang senang, tapi mengamalkan agama yang susah. Berdasarkan pengalaman dengan SCH dan dengan SCM dulu sebelum tahun 1993, ramai yang CAKAP SAJA PASAL AGAMA TAPI AMALNYA KURANG. SCM sudah lama saya tinggalkan jadi saya tidak tahu bagaimana SCM sekarang. Apa pun, saya tetap berbaik sangka pada Pak Ak dan SCM atas dasar sesama saudara seIslam.

     
  • At 12:16 PM, Blogger Aku Ahli Silat Cekak said…

    Lihat reaksi saya terhadap entri dalam sepakminang.blogspot.com

    Tajuknya : Kenapa Pentadbir Muda SCH Hipokrit?

     
  • At 2:01 PM, Blogger Aku Ahli Silat Cekak said…

    salam, sila baca entri terbaru tomoris di www.ahli-silat-cekak.blogspot.com

     
  • At 2:03 PM, Blogger Aku Ahli Silat Cekak said…

    salam, sila baca entri terbaru tomoris di www.ahli-silat-cekak.blogspot.com

     

Post a Comment

<< Home